Monday, September 28, 2009

Pembelian Tanah Wakaf Masjid Guar Lobak

Majlis ringkas penyerahan cek bernilai RM 10,000 untuk membeli 1,000kaki persegi tanah wakaf masjid Guar Lobak,iaitu sumbangan yg paling tertinggi buat masa ni diadakan ptg tadi di rumah Cik Gu Man.Cek disumbangkan oleh seorang dermawan yg bergelar Datuk dr Kuala Lumpur tersebut disampaikan oleh wakil peribadi beliau iaitu En Juraidi bin Shawal kepada Cik gu Man bendahari Masjid Guar Lobak.Pada hari raya yg lalu dermawan yg sama jugalah menyumbangkan zakat kepada 14 fakir miskin di sekitar Kg Sidam yg telah dikenal pasti oleh
pihak MKK(Majlis Ketua Kg) kg Sidam iaitu En Jefry bin Mat Zin bersama org kuat kg Sidam Hj.Wahab
wakil peribadi beliau En Juraidi diberi penerangan oleh Cikgu Man tentang program tanah wakaf
Inilah tanah wakaf berharga RM110,000 masih berbaki Rm28,000 yg belum dijelaskan
Lapuran
Wak Ali
Ipoh 28/9/2009
9.00pm
Berita dan gambar kiriman oleh:-
Mat Seni

5 comments:

  1. semoga datuk dari kuala lumpur dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah..semoga diberkati aaaamiiin

    ReplyDelete
  3. kat depan masjid dkt ngan rumah Majid Tok Penghulu

    ReplyDelete
  4. kalau sapa nak beli tanah wakaf masih ada lagi.1 kaki pun leh,kata bendahari masjid guar lobak

    ReplyDelete