Friday, October 23, 2009

Berahim Tok Samsu meninggal dunia

Kg Sidam 23/10/09.Pagi ni Pengerusi MKK Sidam kita telah maklum bahawa BerahimTok Samsu telah meninggal dunia. Takziah buat keluarga Berahim Tok samsu atau nama sebenarnya Safar.Al fatihah.........Amin

Wak Ali
23/10/09
Ipoh

Saturday, October 17, 2009

Eskpo Niaga Padang Serai



Ekspo niaga Padang Serai telah diadakan di Taman Masuri Jalan Bagan.Espo yg bermula pada 10/10/09 dijangka tamat pada 30/10/09.Bagaimana pun ekspo tersebut kurang meriah dan sambutan disebabkan tak berapa banyak pilihan dan ia hanya bertumpu pada penjualan pakaian saja.
Wak Ali
Serai Wangi
17/10/09
11.00pm

Sunday, October 11, 2009

Majlis Perkahwinan Mat Jan


Inilah wajah pengantin semuanya elok dah kasut mana?

Gulai kawah rumah Fuad perrh sedap hingga menjilat jari
Sebelah kanan gang ulat kuat
Mr Foo Sedang berslaman ngan tetamu(masuuuuukkkkk)

Sidam-11/10/09 Majlis perkahwinan Mat Jan adik kpd Mr Foo sederhana tapi meriah.Ramai juga tetamu yg dijemput walaupun pada mulanya merancang untuk buat kecil2an saja.Majlis yg dibuat di rumah Mr Foo itu diadakan secara layan diri ,mendpt bantuan drp penduduk tempatan serta pemuda2 simpang 4.Apa yg menarik pemuda simpang4 masih aktif berbanding pemuda sidam kita.Walaupun aku tak sempat menunggu sehingga lewatptg kerana ada kematian di Pdg Mahligai,sehingga pukul 1 , satu kawah lauk dah hampir habis.Itu menunujukan kenduri ni dibuat secara sederhana besar.Kami diblog mengucapakan selamat pengantin baru kpd Mat Jan

WAK ALI
IPOH
12.20pm
12.10.09

Saturday, October 10, 2009

Hari Itu Dalam Sejarah

Pada 31.1.2004 majlis akad nikah AJIS B HUSIN telah diadakan di Masjid Sidam Kiri.Saksilah detik2 yg mendebarkan itu.(Drp Koleksi Video lama yg dpt aku cari.Ada 20 tape tapi yg boleh pakai 3 saja .Nasib Ajis baik video hg still boleh playback, yg lain hancur)
Ok lah gang kena tidur dah hari ini ada kenduri kat rumah Mr foo (Puat canai)nikah Mat Jan.
Wak Ali
Serai Wangi
1.00am
11.10.09

Monday, October 5, 2009

Gempa bumi di........?


Kalau di Indonesia bagunan runtuh akibat gempa bumi tapi di malaysia lain pula cerita ,di Malaysia tanah runtuh akibat kelalaian manusia yg meruntuh bagunan tersebut tanpa menghiraukan keselamatan org lain .Menurut satu sumber kejadian berlaku pada hari jumaat lalu kira2 pukul 9.30pm .Tempat kejadian tidak jauh dr Hospital Besar Ipoh.Kejadian melibatkan 3 orang, 2 terbunuh manakala 1 parah yg kebetulan memandu kereta di jalan tersebut .Ini lah gambar yg aku ambil dr tempat kejadian.


Wak Ali
Ipoh 5/10/09
9.00pm

Saturday, October 3, 2009

Pekan Pagi Di Ipoh


Inilah lokasi map ke pekan pagi Ipoh(lihat bulatan berwarna merah)



Ipoh-4/10/09 pagi2 lg aku dah merayau2 kat pekan pagi Ipoh nak cari barang2 lama .Sebut saja apa yg kita inginkankan drp brg2 lama hinggalah ke baru semuanya ada .Kalau nak cari brg antik pun ada,nak ubat kuat ke,sparepart motor,kereta ,alat2 muzik semuanya ada dijual sini boleh dikatakan pekan ni one stop centrelah juga ,cuma yg tak ada pasar basah.Pekan pagi ini hanya diadakan di hari Ahad saja.Ia terletak di persimpangan Jln Lim Bo Seng dan Jln Horley berdekatan Hotel IPOH City dan The Store(Lihat MAP). Tapi apa yg menarik inilah satu2 pekan pagi yg berkonsepkan 1 Malaysia kerana tidak satu bangsa pun yg memonopoli tempat ini.Operasi pekan ini bermula seawal pg hinggalah ke jam 12.00pm.Satu yg menarik hari ini, pameran motorsikal lama seperti Traumph,BSA dan Norton yg berusia lebih drp 60 tahun
telah diadakan oleh persatuan motor2 lama Malaysia
WAK ALI
IPOH 2.45PP
4/9/2009