Monday, September 28, 2009

Pembelian Tanah Wakaf Masjid Guar Lobak

Majlis ringkas penyerahan cek bernilai RM 10,000 untuk membeli 1,000kaki persegi tanah wakaf masjid Guar Lobak,iaitu sumbangan yg paling tertinggi buat masa ni diadakan ptg tadi di rumah Cik Gu Man.Cek disumbangkan oleh seorang dermawan yg bergelar Datuk dr Kuala Lumpur tersebut disampaikan oleh wakil peribadi beliau iaitu En Juraidi bin Shawal kepada Cik gu Man bendahari Masjid Guar Lobak.Pada hari raya yg lalu dermawan yg sama jugalah menyumbangkan zakat kepada 14 fakir miskin di sekitar Kg Sidam yg telah dikenal pasti oleh
pihak MKK(Majlis Ketua Kg) kg Sidam iaitu En Jefry bin Mat Zin bersama org kuat kg Sidam Hj.Wahab
wakil peribadi beliau En Juraidi diberi penerangan oleh Cikgu Man tentang program tanah wakaf
Inilah tanah wakaf berharga RM110,000 masih berbaki Rm28,000 yg belum dijelaskan
Lapuran
Wak Ali
Ipoh 28/9/2009
9.00pm
Berita dan gambar kiriman oleh:-
Mat Seni

Monday, September 21, 2009

MALANG DIHARIRAYA


Sebelah kiri sebelum motor dikebas



Serai Wangi-Dalam kegembiraan meraikan sambutan hariraya di "MY VILLA", pada pagi 21/9//2009 kira2 pukul 7.00pg aku dikejutkan berita plg sedih buat sejarah hari raya dimana motor yg baru dibeli lebih krg 6 bln yg lalu dikebas org.Bagaimana pun motor yg hlg lebih krg 2 jam tu ditemui semula di kawasan Shell jln Lunas dgn tidak berapa sempurna.Tayar,rim,disc break hilang.Cost untuk baikpulih lebih Rm 2000.jadi terpaksalah claim ansurance nak buat macamana dah nak jadi .lain kali kena berhati2.kalau boleh nak bawa masuk sekali motor dlm bilik.Menurut polis bukan aku sorang sja yg hilng malah ramai lagi walaupun semua langkah keselamatan dah ambil.Kalau macamtu aku nak suggest supaya motor dibawa masuk dlm bilik sekali kah..kah..kah.Tension juga drp dpt macam tu lbh baik hlg langsung.yg plg boring terpaksa beraya kat balai polis dan terpaksa tangguh seketika berhari raya di rumah mentua di Raub Pahang


WAK ALI
RAUB(nak raya pun takdak mood)
22/9/2009

Thursday, September 17, 2009

TRELER MANDI SUNGAI




Serdang-17/9/2009-Inilah akibatnya jika kita ikut perasaan hati,tanpa mengunakan akal ketika memandu .Kejadian yg dirakam ini berlaku kira 1km sebelum sampai ke pekan Serdang Kedah .Kejadian ini berlaku sewaktu hujan rengai2 disekitar pukul 6.00pm.Menurut saksi kejadian treler yg kosong ini dtg dr arah Bandar Baru lalu merempuh penghadang jambatan serta terjunam ke dlm sg Serdang.Menurut saksi lain pemandu treler tersebut telah dihantar ke Hospital Bandar Baru oleh org awan.Jadi sempena hariraya berhati2lah di jalan sewaktu memandu ingatlah org tersayang.

WAK ALI
Serai Wangi
(Berita ini diambil dlm perjalanan pulang dr IPOH ke Pdg Serai dalam keadaan hujan cukup lebat.)
11.00pm

Thursday, September 10, 2009

DENDANG PERANTAU

Panas2 pun selambe je panjat tower cari makan maa
+nak buat rumah banglo macam depa wakawakawaka....


Hari2 buka posa ngan ayaq sejuk je sebelum pi makan


Tahun ini berpuasa di Ipoh.Sejakberpuasa secara solo ,tahun inilah tahun paling hampas ,mana tidaknya terpaksa berbuka dan bersahur berseorangan,cukup punya sedih kalau dekat cabut balik rumah punya ,bukan tak dak member ada tapi depa kata depa tak sunat lagi pasal tu tak boleh posa( Siam maa)kah...kah.Walaupun puasa berseorangan,berpanas dan terpaksa memanjat tower hampir 250 kaki ,sampai ari ni belum kantoi lagi.Banyak cobaan juga mana daknya kerja pun ngan orang Iban Serawak kadang2 tekanan juga loo.Nasib baik depa tau juga hormat kita. Itulah realiti hidup aku di Ipoh .Sayu juga bila teringat waktu berpuasa bersama keluarga dan rakan2.

Wak Ali
IPOH
10/9/2009
8.00pm


Wednesday, September 9, 2009

TAK BOLEH TAHAN


Ini tapak sebelum ditambak
Tapak sedang di ditambak seluas 120X80 kakipersegi
Inilah tapak baru rumah OKB Mat Seni kita yg akan membina banglo mewah yg menpunyai 7 bilik tidur 4 bilik ayaq siap ayaq terjun dan gelangang futsal lagi(apa comment Mat Seni).Depa dah start perata tanah .Tengok tempat dia ok juga sebelah store mesen padi .Mana boleh tahan dok tengok rumah org aje ,nak rasa dok rumah sendiri juga macam banglo Man Y.Kalau diikutkan rumah dia dah lama siap,tapi pasal tapak tu ada padi jadi terrpaksa OKB kita tangguh dulu.Kalau tengok gaya tu mungkin lepas raya kot baru nak start bina.Dengar kata contractor dia Aman Burut bina Sdn Bhd akan bina rumah tu .Kita tumpang gembira tengok kekawan kita dah berjaya.Aku ingat nak minta buat kat sebelah rumah dia , sekurang2nya ada juga jiran sebelah kah..kah..kah..apa kata comment.
WAK ALI
IPOH 8.00PM 9.9.09

Sunday, September 6, 2009

KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA


Tengok Duan gobek pinang macam Pak Nueh masa muda

Ali pisang panas pasal tak biasa kena pinang,manakala Sahak broker dok
chong lebih lepas lega sakit


Lepas terawikh seperti biasa aku selalu ronda kat kg .kalau tak dak kat kedai Mat Tok Don aku lepak kat dekat kedai minyak Lajim.Selepas tengok port yg biasa aku lepak tak dak org aku pun hello kawan2.Rupa2nya depa tengah lepak kat rumah Ali Pisang. Aku pun sampai kat rumah Ali pisang .Ramailah kekawan ada kat situ Sahak broker,Puat,Duan ,Paq dan ramai lagi.Sebut pasai Sahak broker ni , Nampaknya sihat dah dan dah mula pantang, tak taulah pantang apa,pantang nampak ka,pantang semawa ka .Yg penting jaga makan .ubat2 pun macam klinik kecil di rumah.Nak buat macammana macam aku juga.Tapi Malam ni agak special sikit,dimana kami cuba mengimbau zaman puasa waktu dulu2.sambil sembang kena kopi o,kena pinang,rokok daun. Bila aku tengok Duan gobek pinang sambil dok kat lepau .Akua rasa macam hidup di zaman 70an tengok org tua aku dok lepak ngan member2 dia waktu aku kecil2 dulu.Aku rasa sungguh seronok. Itu hanya kehidupan .kata orang yang dulu biarkan jadikan sejarah,yg baik jadikan teladan yg jahat jadikan sempadan.Itulah yg dikatakan hidup bermasyrakat….walaupun tradisi hidup macam tu dah nak pupus masih ada org cuba pertahankan.Kalau nak ikut mana ada org lani makan pinang .Kalau org pekan pi main GOLF ka FUTSAL ka pi club ka tapi org kg macam nilah hidupnya.Kerja macam biasa..
WAK ALI
TOYOTA S.PETANI
7/9/2009
11.00am