Sunday, August 30, 2009

DAH KELUAR HOSPITAL




Seharian menghabiskan masa melawat mangsa banjir bersama Pengerusi MKK Sidam En Mohd Zaki Harun pada waktu siang ,manakala waktu malamnya selepas tarawikh bersama pengerusi MKK kg Sidam serta beberapa penduduk kg seperti Ustaz Kamil Seni Yop dan Puat kami berkesempatan melawat Sahak broker yg baru keluar dr Hospital.Allahamdulilah nampaknya sihat walaupun nampak sikit keletihan maklumlah bulan posa ni.Apa2 pun buat masa ni semuanya ok. Nasihat drp kawan2 yg tak sakit makan tu kena pantang sikit.....

Wak Ali
8.00pm
30/8/2008


Saturday, August 29, 2009

PENGERUSI MKK SIDAM MELAWAT MANGSA BANJIR


Pengerusi MKK(berjaket) dan Penghulu Sidam(Berbaju hitam) mengambil keterangan Mangsa


Laluan depan rumah ustaz Mahazir terpaksa di korek untuk aliran air keluar


Kg Sidam-29/8/09 En Mohd Zaki Harun Pengerusi Majlis Ketua Kg (MKK) Sidam Kanan dalam DUN Merbau Pulas bersama Penghulu Mukim Sidam Kanan En Abdul Khalid bin Cik Embi telah meluangkan masa utk melawat mangsa banjir yang berlaku pada pagi semalam.Beliau telah menghabiskan masa kira-kira 2 jam untuk melawat beberapa orang mangsa banjir.Diantara yang sempat dilawati oleh beliau ialah Hassan bin Awang(Hassan awang Paip) dan Abdullah bin Othman(Musa Man Gabenor).Menurut beliau banjir kilat yg berlaku semalam adalah berpunca drp projek tambatan banjir masih dlam pembinaan.
Beliau dan pihak Penghulu Sidam Kanan bagaimana pun akan cuba meyelesaikan masalah yg dihadapi oleh pihak yg terlibat.





WAK ALI

Serai Wangi

6.00pm

Friday, August 28, 2009

Banjir Kilat

Pemandangan dekat bekas rumah Mat Seni
Pemandangan kat rumah Mat Khir dan Pak lang Mahadir

Pemandangan dekat Jalan masuk Serai Setia


Ini bukan pemandangan KL atau di Penang.Ini adalah pemandangan terbaru kg Sidam.Akibat hujan turun tak henti2 awal pg tadi banjir kilat berlaku di sekitar Padang serai dan kg Sidam.Sehingga berita ini ditulis banjir d kg sidam masih belum surut kecuali sekitar Padang Serai.Air sg naik mendadak termasuk dikawasan bendang. Ramai orang tertanya2 adakah banjir ini berpunca drp projek tambatan banjir yg dlm pembinaan atau adakah pemandangan ini terus berlaku selepas projek ni siap. Kita tunggu apa akan jadi?.Dengar berita terbaru Sahak broker dah keluar dr Hospital.Minta dah sembulah... jgn lari dr hospital sudah...
Wak Ali
28/8/09
5.00PM
Ipoh(Nak balik kg buka Posa)

Wednesday, August 26, 2009

TERKENANG SEMASA DULU

Ada tiga biji Rumah dalam prosess pembinaan





Projek tambatan banjir banyak merubah lanskap kg sidam . Bukan sahaja di tebing sg malah disekitar kg hingglah ke kawasan bendang.kawasan ni dulu(lihat gambar)banyak memberi nostagia zaman dulu2.Zaman tahun 70an hinggalah kini 2000.kalau di tahun 70 an kawasan ni pernah menjadi jalan utama ke rumah Ali ayam(Pak Ad) hingga lah ke Paya ketiu.Pada 80an di tapak inilah tempat menjadi sumber rezeki kami di mana tapak mesen padi menuangkan padi sebelum di isi ke dlm guni . Masa tu belum ada jalan ban lagi.Lepas tolong isi padi ,adalah sikit habuan (rezeki katakan.).Pada zaman aku jadi dreber lori dulu disekitar tahun2005,sini juga tempat kami menunggu utk lori kami isi dan sini jugalah aku masih ingat dimana padi yg aku bawa ke kilang Bernas di reject sebab tak dak isi serta terpaksa dijemur disini dgn Sahak broker untuk di hantar semula ke kilang .(Cerita pasal Sahak broker ni dgr citer masuk Hos Metro pasal deman ataupun tension sebab mesen asyik lekat aje, sehingga blog ni di tulis dia ,masih ada di hospital ).Tapi kini tempat ini tidak akan menjadi lepak dreber lori ,tempat jemur padi serta tambat lembut oleh Ki mat Arif,kerana tempat ini akan menjadi penempatan baru kpd OKB Sidam(Lani ni hanya rumah Paya Mat Arif saja ada si sini).Tanah lot milik ini Latif Posmen telah dijual kepada OKB Sidam sebab tu dia dah tak berniaga martabak lagi dah kaya dah jual tanah kah....kah....


Sahak broker sebelum dimasukkan ke wad Hospital Metro S.Petani





*Dengar kata OKB yg dimaksud tu Wa Man,Kak Hassan Husin dan seorang lagi aku pasti.Yang pasti ada 3 biji rumah tengah di bina





Wak Ali

IPOH 26/8/2009 10.00PM

Monday, August 24, 2009

MANGSA SETERUSNYA

Inilah mangsa2 seterusnya

Rumah Paksu Chat dan Rumah Awang Minah

Rumah Tok Don dan Rumah Tok Minah


Rumah Tok Mek Cik dan Rumah Awang Tham

Rumah Pah Kak Paksu Chat

Projek tambatan banjir masih rancak berjalan walaupun dlm musim hujan.Ramai tak tetentu keruan menunggu utk meroboh rumah masing2 atau diroboh jentolak milik pemaju.Mungkin dlm masa 2ke 3 bulan segalanya akan berubah.Mangsa seterusnya menanti untuk rebah kebumi sebagaimana yg berlaku pada keluarga Mat Seni.Banyak rumah yg bakal dirobohkan lagi.Jadi aku abadikan dlm blog ini rumah yg bakal dirobohkan.
*Jgn lupakan log in dlm http://perniagaansidammaju.blogspot.com/ Ada info terkini

Saturday, August 22, 2009

HURA-HARA




Puasa baru sehari keadaan di Padang Serai jadi hura-hara .Kesesakan lalulintas berlaku hampir 3 km jauhnya,bazar ramadhan menjadi tumpuan orang hingga polis terpaksa campurtangan mengelakan berlaku kesesakan lebih teruk.Seolah-olah org di sini dah lama tak dpt makan,hinggakan wabak H1N1 org jadi lupa .Begitulah rezeki bagi si miskin atau si kaya.Inilah juga dikatakan nikmat bulan ramadhan selain selain drp kita beribadat kpd Allah.Bagi terpaksa berpuasa di luar sungguh sayu apatah lagi sewaktu berbuka,teringat keluarga,kawan dan sebagainya

Wak ALI

Serai Wangi 6.00pm

22/8/2009

Friday, August 21, 2009

Selamat menyambut Ramadhan











Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca bolg aku.Aku baru blk drp Kg jumpa Ustaz Awang Fuat Pak lang Brahim,Bidi,Hassan juta dan ramai lagi di rumah Usztaz Awang Kg.Riuh sungguh seronok nak meyambut posa ni.Terasa sungguh suasana nak posa.Mula2 aku ingat upload gambar yg aku ambil tu mengenagkan aku tak mahu mulukakan hati seseorang biar aku tangguh hasrat tu.Seronok menyembang sampai lupa jam dah pukul dua pagi,jadi semua terpaksa bersurai untuk get ready nak makan soq sat lagi.Begitu seronaknya meyambut posa di kg.

Thursday, August 20, 2009

Terkejut Beruk


Ini lah rumah Cik Gu E dimana dlmnya ada taman kecil
utk berihat

Semasa ronda2 di kg aku sempat singgah kat rumah Cik Gu E bukan pa saja nak tengok kot2 kalau buat rumah nanti boleh cilok idea dia.Selain tinjau rumah dia dpt juga makan lontong masakan isteri sedap juga .Terima kasih Cik gu E .Hampir 3 minggu tak balik kg rindu sungguh pad kg maklumlah bukan pa takut blik kali ni sesat.mau dak nya depa ckp rumah di tepi sg dah runtuh habis.Sampai saja di kg terkejut beruk betui apa depa cakap habis dah rumah tepi sg dah kena runtuh selain rumah keluarga mat seni,rumah Pakteh yop, Din Yop, majid,Man Tesa dah kena pecah termasuk tanah Tok Lamah semuanya clear.Boleh kata kenangan semasa dulu lenyap hanya sekelip mata saja.Tapi kalau lama tak balik macam Co E boleh sesat lo. Atas nama kemajuan dan mengelak ada pesta ayaq musim banjir kita kena terima.Lagipun kg sidam lahir ramai OKB.Begitu lah ceritanya di kg cerita OKB lebih menarik drp musim padi yg ditunggu2 oleh semua termasuk dreber lori,dreber mesen dan tokey padi.Maklumlah buat padi dpt ciput(kata OKB).Tapi itu semua rezeki .Alhamdullilah......



Inilah tapak baru rumah Pak Teh Yop
dibelakang tu bekas rumah Majid dan
Pak Teh Yop

Depan tu dulunya rumah Paya cuba tengok betoi2
dan rumah kayu adalah rumah Cik Puan(Mak saad bom)

Dulu belakang ni letakannya rumah Mat Seni
org tuanya,Tok Shawal dan Man

Wak Ali
Serai wangi 21/8/2009
1.00pm



Wednesday, August 19, 2009

DULU KINI........


Tractor Mat Seni
Laptop baru mat seni


Kalau kita baca tajuk diatas ianya tak dak kena mengena ngan mana2 parti politik ianya hanyalah sekadar renungan kita bersama.Bila aku tengok gmbr tu aku masih ingat zaman kanak aku2ianya cukup sinonim ngan seseorang .Nama nya Hasan tractor.Kalau sapa tak kenal ,ia adalah bapak Hafiz yg dulu duduk Kg Letrik Padang serai dkt ngan pasaraya Selesa dan paya ketiu .Bila musim nak tanam padi dialah org paling sibuk.Selalunya kat rumah Tok Awang Ko tempat depa lepak(kalau sapa tak kenal tok Awang ko,dia dalah Tok Wan Seni tok wan aku lah juga,kiranya brokerlah juga tok wan aku tu.Kalau nak tau cerita Hassan Tractor(panggilan Pak Ngah Hassan) dia adalah salah seorang yg carikan jodoh untuk orang tua Mat Seni .Aku tau juga ceritanya pasal zaman kecil aku cukup rapat ngan mak penakan aku hinggakan masa nak kahwin pi set rambut(zaman dulu tak pakai tudung lagi) di Padang Serai(lani kedai dah takdak dah tak silap jadi kedai gambar Kong Ngee)pun dia ajak aku.Itu cerita 40 tahun dulu Kini Tokey tractor bukan saja bawa tractor,buat kerja2 pertanian ,malah ikut juga perkembangan IT.Lani kalau nak tau perkembanagn kawan2,saudara mara ,malah salah silah keluarga pun pun kita tau.tak payah naik turun bas pi melawat saudara .Just klik je kita dah tau salah silah keluarga(nak tau lebih lanjut kena tanya Paklah).Pasal tulah baik hg kerja apa pun buat bendang ,kerajaan ke atau kilang semua sibuk nak ikut perkembangan IT.kalau hampa nak tau tauke tractor kita dah beli computer baru ACER RAM4G 320G HD lagi ,laju tu.Sekali beli power punya ma.Bukan saja kita guna mungkin untuk anak2 juga.
Wak Ali
IPOH(tengah bersiap nak balik Kg)
6.00PM
19/8/2009

Friday, August 14, 2009

Siapa sangka?

Bila sebut nama Basri (lihat gambar)mungkin org tak kenal.Tapi bila sebut sja nama Paklah barulah org kata oooo...budak tu..oooo ..dia tu...ooo mamat tu .Bukan saja di kg org panggil Paklah ...dimana saja.. di universiti ,di kalangan kawan2 semua dah sinonim dgn nama Paklah.Kalau tak silap aku nama glamour yg dia guna sampai lani tu diberikan masa dia kecil2 dulu disekitar awal 80an masa tu aku muda remaja lagi .Aku masih ingat bila sebut nama Basri asyik teriak saja mak dia pun dah boring .lepas tumacammana taktau org tua dulu2 kata nama tu tak serasi.Itu kata org tua2 kalau kita tak guna pakai merajuk pulak.Maka Basri pun ditukar ke nama Paklah sampai ari ni.Nak tukar dlm surat beranak dah tak boleh pasai dah daftar maka nama Paklah digunakan sampai ari ini.Kalau hampa nak tau Paklah masa kecil dulu halus sungguhcompare ngan abg2 yg lain , aku dukung sebelah tangan aje sebelah lagi tangan bawa air kopi(serbuk kopi buatan sendiri tau).Selalu gak kena jentik perut ngan aku.Pasal bila tengok muka aku je dia mesti tau aku nak jentik perut dia.kalau dia lari lagi teruk.Maka terpaksalah di kena tahan sakit.kah...kah.....Lani kalu buat lagu tu silap2 kena gayung petani ke silat lincah ke .Tapi...kini semuanya berubah kenangan lalu tak mungkin dtg balik.Nak buat lakonan semula pun tak boleh lokasi kejadian pun dah kena pecah(rumah mana ada dah ke roboh dah pun).Siapa sangka sepupu aku yg dulu menjadi tempat gurauan aku dah berjaya menempa satu kejayaan dgn mendpt segulung Master dlm kenvokesyen 11 ogos yg lalu di UM.Tahniah semuga menjadi contoh kpd rakan dan ahli keluarga.
*Teks ini aku tulis kat KL atas urusan kerja masa lepak kat rumah Datuk Hamid pasal boring nak tidoq tak mengantuk lagi. Pasal tu ada bunyi KL sikit tersasul ma
Bukit Antarabangsa
15/8/2009 Pukul 12.35am

Saturday, August 8, 2009

Sedih......


Pabila menatap gambar yg dikirimkan oleh mat Seni pd aku rasa sungguh sayu bebaur sedih mungkin tak pad org lain.Mana taknya time mcm ni aku dok kalut di bendang tunggu turn nak ambil padi isi penuh2.bak kata driver lori mufoo(isi penuh ma).aku masih ingat kawan sekerja masa tu Razak,Mr foo(Puat canai),Paklang sahak brokerdan ramai lagi lepak tunggu turn .Nasib dpt 2 atau 3 trip Klu nasib tak baik dpt miang aje mesen kantoi.Tapi..... yg paling sedih bila aku dpt berita drp ketua Kg kita Mat Ki kira2 7 pg tadi tentang 2 kematian ari ini di Kg iaitu PaK cik Mid ngan Pak Teh Ud.Sebelum tu aku nak ucap takziah kat keluarga Pak Teh Ud dan Pak Cik Mid Tok Guru aku yang mengajar aku kelas agama Sekolah arab Tok haji Kob dan mengaji .Tapi yg paling aku sedih aku baru je jumpa dia didpn umah baru org tua aku minggu lepas dan ada tanya dia ,dan ke siap sebelum posa,kata dia harus pasal tengok banyak yg tak siap.Rupa2nya dia yg tak dan tgk rumah tu siap.Nak buat macamana Allah lebih menyayanginya.AlFatihah................amin
Wak ALI
IPOH 8/8/2008
6.00PM

Wednesday, August 5, 2009

LAGI SYOK TINGGAL DI KG



Bila tengok musim menuai .Aku masih ingat masa kecil ni paling syok klau tinggal di kg, .mana daknya time ambil padi syok dpt makan free,dpt zakat dan macam2 lagilah. Paling aku syok ikut Pak aku pi ambil duit padi di rumah arwah Paklang Harun ,pak mat Ki tokey nenas lani.lepas tu pi pekena laksa dan ais kacang kedai Tok aji Pin satu2nya kedai yg ada pada masa tu.Lepas tu dpt ikut pak aku pi Padang Serai beli baju ke kasut ke tu bergantung nasib kalau dpt duit lebih, kalau kurang ronda sajalah.Kalau pi Padang serai boleh pekena pulut udang atau bihun sup kedai Pak cik Saari.Itu hanya musim padi saja klau musim lain payah nak ikut pak aku pi mana2 .maklumlah anak ramai basikal pun pelantar satu je nak pi pekan kena redah jalan tanah merah lecah,tuhan saja yg tau,nak sampai Padang serai berjam2.kalau musim hujan jalan sikit tayar masuk tanah .kena pi ambil kayu cungkil keluaq selut ke tanah baru boleh jalan ,kalau tak kena tuntun sampai Kg Dekey atau Guar Lobak.Cukup susah nak pi Padang Serai masa tu.Masa tu ambil padi pakai mukul ,mesen takdak lagi.Upah murah satu guni RM2.oo bahagi dua seguni ,nak dpt seguni hoo bagai nak mampus .Mukul kat darat takpa kering ,kalau mukul kat paya ketiau mamups kena ayaq tahi babi boleh kena Je ke H1N1.Lepas dah settle dpt upah adalah sikit zakat.berkat orang dulu buat padi boleh hantar anak mengaji sampai universiti jadi pegawai kerajaan,doktor polis ,tentera Cikgu dan sebaganya.Tapi sekrg pakai mesen padi masuk dalam lori terus pi kilang zakat keluar ke keluar ke tak taktau pas tu ambil duit kat tokey tak mai tengok lasung tau2 nak ambil duit, tu pasal anak nak jadi doktor juga tapi doktor injet sendir.lawyer juga loyer buruk,jadi penyamum.Tapi yg berkat ada juga jadi ustaz,cikgu,masuk tentera jadi kagat ,itu mungkin rezeki yg baikAda member kita lani dok belajaq pakai IT pakai Laptop lagi ,bukan tu saja sejak dpt pampasan dahsyat ada mesin.tractor lori, dan akan buat satu lagi kejutan tungguuuu......... .Tapi ditanya pendapat aku rasa cara hidup dulu menarik,tapi kita kena ikut perubahan masa................terpaksa berkorban demi Kemajuan.Pasal tu Jamil Khir jadi menteri Di jabatan Pedana Menteri........
Wak Ali
IPOH 6thAUG2009
1.00AM

Sunday, August 2, 2009

Pasukan kedah dulu2

Bukan apa bila tengok pasukan Kedah sedih mana tidaknya.Sat menang sat kalah .Kalau tak dak pemain import hancuq teringat masa kawan2 sanggup pi tengok final kat Stadium Merdeka masa tu syok sungguh hebat sungguh kedah pada masa tu walaupun KL tu jauh jalan tak elok tapi semangat sungguh .Bila cerita pasal Kedah lani masing2 boring je.Tu pasai aku nak tunjuk hampa macam mana Kedah pada awal tahun 90an Kedah garang sungguh
1990 Klasik: Kedah 2-1 Selangor

Ali
Serai Wangi 10.00pm
2ndAUG2009

OKB(Orang Kaya Baru)

Ini lah wajah2 banglo milik OKB Sidam(ada lagi bakal menyusul)

Kiri- (Milik Ustaz Awang Mantan Pengetua) Kanan(Milik Ki Lebai Halim)

Kiri- (milik Tok Shawal) Kanan- ( milik Man Sawai )

Kiri ( milik YAB Pak Ya ) Kanan ( milik Tok Don Pak Yang)

Kiri( milik Pak Ali Temenung ) Kanan( milik Pak Dia awangMinah)
Kiri( milik Jan Mat Ali) Kanan(milik mat Ali jagung )
________________________________________________________________
Pagi sewaktu aku ada di Pekan Kulim sebab ada urusan sikit.Kijan Kamis ada telefon pasai depa buat majlis gotong royong di surau,diketuai oleh Rodi , Latif,Nasir,kijan serta ramai lagi.menurut kata Kijan lebih kurang 20 jugalah termasuk semua golongan.Gang2 muda ramailah juga.Baguslah semangat gotong royong masih lagi ada di kg kita lebih2 lagi di surau, besar pahala tu bulan syaaban ni.Lepas selesai tugas di Kulim aku bergegas balik kot2 boleh join ngan depa .Tapi malangnya semuanya dah beres sebelum solat zohor.Jadi aku pun merayau di kawasan kg nak tengok banglo milik OKB kita yg dapat duit pampasan tu.Boleh tahan juga ada yg boleh main futsal besar sangat rumah depa, ada yg macam resort kolam keliling rumah macam2 sampai patennya pun aku naik pening ada yg buat ala kadar tapi masih lagi cantik Lokasi2 banglo tu macam ustaz`awang buat kat belakang rumah dia,Man dan Pak dia buat kat sebelah rumah bob tractor ,manakala Pak Ya Kematu tu terpaksa pindah jauh sikit kat Tanjong Belit,pas tu Ki Lebai Halim buat kat belakang Kedai minyak dia manakala geng Tok Minah depa buat kat tanah pusaka Tok Minah kat Rumah Ah Chui dan Mat Ali jagung anak dia buat kat tepi sungai dekat ngan rumah Pak Tam Deris tak jauh daripada rumah Pak Ali Temenung.Mungkin lepas ni ada org bila balik kg besok akan sesat jalan di kg pasal banyak sungguh perubahannya.
Wak Ali
2ndAUG2009 4.00pm

Saturday, August 1, 2009

Syoknya hidup di Kg






Dalam dunia ni ada 3 perkara yg seronok pertama-buat org tak lawan,kedua naik gerek turun bukit pasal tak payah kayuh yg ketiga ni topiknya ada kena mengena dgn minngu lepas iaitu pasal makan free.Kalau makan free tiap2 minggu seronok bak kata org boleh gantung periuk.Tapi minggu ni makan free ada special sikit pasal kenduri dirumah tokey nenas dulu tokey padi.Meriah sungguh,mana taknya kalau ada Pak Ngah Man (Man Totar) dia penganti Tok Mat Oun alah Tok Wan bob tu takan hampa tak kenal.Rasa2 kalau dia takdak tak meriah,aku fikir macamatu.Sayang sapa tak dak menu nakkata speciallah juga daging cicah ayaq asam puh.... sedap wa cakap lu.Maklumlah bulan saaban ni berkat buat kenduri.kalau kenduri habaq saja ramai membantu sebab tu pukul 11.00am dah makan.walaupun majlis doa selamat start pukul 12.00 tgh.Jadi Mat Ki kata terima kasih pada yg menbantu.
Wak ALI
Serai wangi,1stAUG2009
11.00pm