Tuesday, July 28, 2009

SANTAINYA HIDUP DI KG


Hampa tengok betoi2 Halim PJ dgn Man Totar ada nampak susah hati
dak umur depa dah dekat 60 tahun lo



Tekanan atau stress adalah lumrah biasa hidup bandar apalagi org yg bekerja ngan swasta,mungkin kurang bagi yg kerja ngan kerajaan.Masing2 berlumba-lumba seperti KL(Kuala Lumpur),nak sampai cepat,nak redah jem,hari2 buat dosa maki orang nu maki orang ni dan berbagai lagi .Itulah hakikatnya hidup di kota metropolitan ,di KB(Kota Belud) ke tak tau macamana.Tapi yg remaja memang syok tinggal di KL nak hanyut ke nak tungging ke org tak peduli masyarakat tak ambil pusing jiran sebelah pun tak kenal itulah realitinya, ada pihak berkuasa pun tak dan nak jaga ,kepung sini ,pecah sana .last2 tunggu org complain baru rush tu pun pi rush ikan bilis anak jerung buat tak tau,nak jaga pangkat sama,silap2 ari ni pakai Perodua MYVI ke Honda ke esok pakai Toyota VIOS ops silap corolla ke 2 kupang tahun70an tu pun kalau boleh pakai ,silap2 jalan kaki.Bila balik kg kena kutuk.
Tu cerita kat bandar besar macam KL tak tau pulak KB
Lain pulaknya cerita di Kg bukan tak dak maksiat ada tapi masyarakat keliling aware benda ni tok2 guru ramai .Semua orang ambil tau.Tapi hidup di kg yg bagusnya tak dak jem pi kerja pun relex orang kata santai ya bawa motor ke kereta ke .Tak payak fikir banyak tak payah tension2 ke stress .Rasa nak berkelah, nak buat jamuan makan panggil saja tukang gerau Pak ngah Man(Man Totar) anytime boleh tong2 sorang 2ke3ringgit beres .Macam Ahad lepas depa berkelah kat umah Abu lauk sempoi je nasi habis 2,3 kilo juga ramai juga member mai makan.Tengok muka depa mana ada tension ke stress ke tekanan. Darah tinggi tak dak kencing manis tak dak tau2 jalan
kalau org bandar sakit ni la sakit tu la sakit macam2,sebenarnya tekanan .lihat depa umur ada yg dekat 60 steady je cuma perut je besar mana ada sakit apa,masuk hospital pun tengok orang lain sakit .Pada org muda kalau tanya pendapat aku macam nilah kalau nak hidup tenteram ,aman ,bermasyarakat tolong menolong,boleh hidup di kg.Tapi kalau nak berjaya,nak kaya kena usaha,walaupun kita berada di mana ambil contoh Ki lebai Halim yg pasti rajin,tepuk dada tanya selera.Di bandar dgn cara bandar,kg dgn cara kg .........
layarilah http://perniagaansidammaju.blogspot.com/ unutk blog Mat Zaki harun
WAK ALI
IPOH
10.00PM 28/7/2009

Sunday, July 19, 2009

KARNIVAL SUKAN PASTI AL HUDA GUAR LOBAK




Kg Sidam Kanan-19thJuly2009.Karnival sukan PASTI Al Huda Guar Lobak berlangsung agak meriah di padang permainan Taman Serai Wangi dlm keadaan cuaca yg agak baik.Baguih juga walaupun PASTI menekankan ciri2 keagamaan , bab2 sukan tidak dilupakan.Tapi yg paling menarik sukan tradisi kita tidak di lupakan seperti lari atas upeh dan sebagai.Moga2 anak cucu kita tidak lupa pada sukan tersebut.Harap2 karnival sukan ini diteruskan.

info dan gambar
Mat Seni

Wak Ali IPOH
10.45pm

Saturday, July 18, 2009

KENDURI DOA SELAMAT RUMAH CIKGU E(ZAMRI)




18thJuly 2009-Kg Sidam Kanan-minggu ni tak balik sebab kena standby.Sedih juga, nak buat macammana dah tugas.Tak dapatlah pi kenduri doa selamat Cikgu E sempena perpindahan kerumah baru dia.Untuk pengetahuan semua ,Cikgu E kena pindah juga pasai projek penebatan banjir tu .Lani dia buat rumah dekat rumah orang tua dia (belakang rumah Jais).Rumah dia canggih juga ada ayaq terjun dalam rumah bak kata orang berkonsepkan resort(sayang gambar takdak-nanti aku mintak wartawan di kg hantar gambar.Menurut tukang lapur ,tumbang juga lembu sekoq.Kira2 tu besaq jugalah kenduri dia .Rezeki dia dapat juga orang kg tumpang makan.kita yg tak dpt makan ni tumpang gembira sebab orang ingat nak jemput kita.Wa cau dulu..layaaaaaannnn.

Wak Ali
Ipoh
12.30am
info dan gambar daripada Mat Seni

Sunday, July 12, 2009

HASSAN JUTA DITIMPA KEMALANGAN




Kg Sidam-12th July 2009 sedang penduduk kampung asyik meraikan satu majlis kenduri kahwin di rumah Cik Puan kami dikejutan oleh satu kemalangan melibatkan lori seorang penduduk kg Hasan Juta di sawah padi berdekatan dgn rumah abang Junus .Bagaimanapun lori tersebut dpt dikeluarkan dgn bantuan dua buah Jenkaut milik Ah Chai dan Wahab Daging .Beliau yang ditemui selepas kejadian itu tidak mengalami sebarang kecederaan malah lori beliau mengalami kerosakan kecil
lapuran Ali
Ipoh
13thJuly2009
2.00pm

MAJLIS PERKAHWINAN SAMSON BIN MAJID(DIK AWANG)

Kg Sidam Kanan -12thJuly2009 majlis perkahwinan Samson bin Majid bersama pasangannya Nor Fadhilah bt Kasim iaitu anak bongsu kepada Cik Puan dengan arwahPak long Majid berjalan agar meriah walaupun hujan rintik pada sebelah paginya.Dengan bantuan orang kampung dan gulongan remaja upacara ini bejalan dengan lancar.Walaupun tanpa bapa majlis ini berjalan dengan jaya diketuai oleh abang sulong beliau iaitu Saad(ad bom- berbaju melayu)serta keluarga yang terdekat seperti Cik wang ,Cik Chom,Mat Totar,Nasir,Latif dan ramai lagi


DJ Pak Tam bersama pembantunya Julai
Saad kepala kuasa dan Mat Ki(Ketua Kg Kita)
Majlis tersebut di selangseli dgn coloteh oleh DJ jemputan Pak Tam serta dendangan karaoke oleh bakat terpendam Wan Mak Pah,Gi Bakar ,Tok Mat Noh dan lain2(minta maaf tak ingat semua nama) .Tak ketinggalan terima kasih juga kepada sound Engineer kita Lan Mak Pah.Ianya berahkir hampir pukul 6ptg


lapuran dan gambar oleh:-

Wak Ali

12thJuly2009 Serai wangi

10.00pm

Friday, July 10, 2009

Karnival sukan PASTI Taman Serai Wangi




Tman Serai Wangi-11thJuly2009.Karnival sukan PASTI Taman Serai Wangi berjalan begitu meriah pada hari ini walaupun hujan turun agak lebat pada awal pagi di padang bola Taman Serai Wangi.Karnival sukan tersebut bukan sahaja dihadiri oleh pelajar PASTI malah ibubpapa pun turut mengambil bahagian.

Bukan kanak2 yang seronok ibubapa yang lebih seronok..kah..kah..kah

lapuran Wak Ali

Tmn Serai Wangi 1.00pm

11thJuly2009

Tuesday, July 7, 2009

PROJECT PENEBATAN BANJIR







Kg Sidam Kanan-project penebatan banjir dah pun bermula di sekitar sg sidam,dimana ramailah penduduk terpaksa berpindah.Ada yang berpindah ke Taman di Padang Serai,menbina rumah baru di kawasan yang berdekatan dan ada yg masih lagi tak tak tau nak pindah kemana.Bagi yang ada tanah sendiri no problem boleh bina rumah baru al maklumlah pampasan boleh tahan juga dari Rm80 hingga mencecah jutaan ringgit.Tapi yang belum ada tempat lagi mungkin terpaksa berpindah ke Taman2 disekitar Padang Serai atau ada yang terpaksa menumpang di rumah mak ayah(jangan tengok duit banyak lepas tu lupa beli atau buat rumah.Tak ketinggalan ada yang beli tractor,lori,jentolak dan sebagainya...jangan kahwin lain sudah.Disebabkan projectpenebatan banjir ini,sekurang2nya ada activity ekonomi di kg tu walaupun zaman meleset kerana tukang rumah,tukang letrik,driver lori ,kedai hardware ada banyak job dan orang kg pun tak ketinggalan jadi kongsi kang ...kira rezeki kg tu nampak murah jugalah.Lepas ni kita tunggu bila siap besok bolehlah bina homestay ke chalet ke dan berbagai=bagai lagi.Apa2 pun kita tunggu dan lihat..wa cau dulu






Ipoh 7thJuly2009



7.30pm

Saturday, July 4, 2009

NENAS AJAIB KEBUN KI MAN KAYA




Kg Dekey-baru je balik dari kebun Ki Man Kaya pelik bin ajaib biasanya nenas masak warna oren tua ni dak warna kuning hairan sungguh .Itulah kejadian alam .Kebun ni tempat lepak kami waktu malam .kira lani abang Ki jadi orang kayalah bayangkanlah lebih dari 40ribu pokok nenas kaya-kaya.Aku ambil sebiji makan ok juga sedap juga .terima kasih daun keladi pi lagi ambil lagi .kalu ikut pantun tu boleh bankrap lo...tokey kah...kah..kah