Tuesday, December 22, 2009

Tempat santai untuk kaki pancing


Anda perhati betul2 dimana tempat ini .kalau setahun yg lalu tempat ini menjadi tempat pembuangan sampah dan semak.Tapi tahun ini dia sudah bebeza dimana tempat tambatan banjir menjadi daya tarikan baru kaki pancing.Terletak betul2 dibelakang bekas rumah org tua aku.Selain drp itu dia juga menjadi trek motorcross.Beza sungguh hanya beberapa bulan saja.Mungkin lepas ini tanah Mat Jab boleh di beli untuk dibuat chalet atau homestay ,menarik tu....
Gambar oleh NAIM

WAK ALI
IPOH
22/12/2009
8.00pm

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Pak Long Buah




Tahniah >Akhirnya Pak Long Buah kahwin juga.walaupun majlis perkahwinan tersebut tak semeriah seperti sebelum ni,tapi semuanya berjalan lancar.Kalau tengok kerjasama drp pihak pemuda agak kuraaaaang sikitberbanding ngan perempuan.Tapi bahagian masak kira A juga apatah lagi ada Mat Totaq semuanya beres.

Wak Ali
Serai Wangi
16/12/2009
8.00pm






Friday, November 13, 2009

Kalau dah rezeki......


Masa belum hilang

Masa ni tengok cukup sedih punya
Inilah wajah terbaru..macam dulu
juga
Yahooooo.com ....motor yg hilang dan dijumpai semula dah boleh bergerak di jalanraya.itulah kalau dah rezeki,itu cete seronok .Yg tak seronoknya terrpaksa bayar dekat2 RM 2100 hanya kerna hilang 2 biji rim sport dan terpaksa claim insuranJadi kpd kawan2 tu jagalah motor elok2.Kalau boleh kunci betoi2.Aku lani pi mana pun fobia kalau naik motor cukup risau takut org kebas .

Wak ALI
IPOH
13/11/2009

Wajah Kg Terkini


Inilah rumah arwah Lebai Halim dan sebelah tu rumah MatKi tunggu masa saja

Inilah rumah keluarga Minah penghulu Kasim tunggu masa untuk rebah ke bumi

Kg Sidam-13/11/2009.Inilah wajah kg terkini.Kalau tengok sebulan dua lagi mungkin segalanya berubah.Apa yg anda perhatikan gambar ini dirakam di tepi rumah Minah Penghulu Kasim dan disekitar kedai minyak KI Lebai Halim.Kalau dulu pemandangan kita dilindungi oleh pokok getah tapi lani segalanya berubah kalau dok dekat rumah lebai Halim kita boleh tengok tambatan banjir cukup clear.


Wak Ali
13/11/2009

Saturday, November 7, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK CIK KODEN(Tok Mo)


Inilah Tok Mo hujan yg baru


Ini Raja sehari rombongan dr Pahang dan yg pegang senapang tu
bukan nak perang tapi nak meraikan pengantin

Satu aku nak komen takdak Man Totar kenduri tak meriah


Sidam -Majlis perkahwinan anak Cik Koden Tok Chat dilangsungkan pada 7th Nov 2009 sederhana tapi meriah.Boleh dikatakan satu kg Sidam dijemput.Majlis yg diadakan secara layan diri itu mendapat pertolongan drp org kg dgn cara gotong royong.Anak beliau yg berkerja sebagai guru di sebuah Sekolah di Hi Tech di Kulim berkahwin dgn org Pahang yg berkelulusan dr Universiti Al Azhar Mesir.Walaupun sekarang ni musim hujan syukur alhamdulilllah cuaca agak baik dgn pertolongan bomoh hujan Jais Husin kah....kah..
*Satu nak tanya mana pi mentara kita kalau kat kg simpang 4 ada lagi tapi tempat kita rasa macam tak dak dah....

Wak Ali

8th Nov 2009

Serai wangi

Friday, October 23, 2009

Berahim Tok Samsu meninggal dunia

Kg Sidam 23/10/09.Pagi ni Pengerusi MKK Sidam kita telah maklum bahawa BerahimTok Samsu telah meninggal dunia. Takziah buat keluarga Berahim Tok samsu atau nama sebenarnya Safar.Al fatihah.........Amin

Wak Ali
23/10/09
Ipoh

Saturday, October 17, 2009

Eskpo Niaga Padang Serai



Ekspo niaga Padang Serai telah diadakan di Taman Masuri Jalan Bagan.Espo yg bermula pada 10/10/09 dijangka tamat pada 30/10/09.Bagaimana pun ekspo tersebut kurang meriah dan sambutan disebabkan tak berapa banyak pilihan dan ia hanya bertumpu pada penjualan pakaian saja.
Wak Ali
Serai Wangi
17/10/09
11.00pm

Sunday, October 11, 2009

Majlis Perkahwinan Mat Jan


Inilah wajah pengantin semuanya elok dah kasut mana?

Gulai kawah rumah Fuad perrh sedap hingga menjilat jari
Sebelah kanan gang ulat kuat
Mr Foo Sedang berslaman ngan tetamu(masuuuuukkkkk)

Sidam-11/10/09 Majlis perkahwinan Mat Jan adik kpd Mr Foo sederhana tapi meriah.Ramai juga tetamu yg dijemput walaupun pada mulanya merancang untuk buat kecil2an saja.Majlis yg dibuat di rumah Mr Foo itu diadakan secara layan diri ,mendpt bantuan drp penduduk tempatan serta pemuda2 simpang 4.Apa yg menarik pemuda simpang4 masih aktif berbanding pemuda sidam kita.Walaupun aku tak sempat menunggu sehingga lewatptg kerana ada kematian di Pdg Mahligai,sehingga pukul 1 , satu kawah lauk dah hampir habis.Itu menunujukan kenduri ni dibuat secara sederhana besar.Kami diblog mengucapakan selamat pengantin baru kpd Mat Jan

WAK ALI
IPOH
12.20pm
12.10.09

Saturday, October 10, 2009

Hari Itu Dalam Sejarah

Pada 31.1.2004 majlis akad nikah AJIS B HUSIN telah diadakan di Masjid Sidam Kiri.Saksilah detik2 yg mendebarkan itu.(Drp Koleksi Video lama yg dpt aku cari.Ada 20 tape tapi yg boleh pakai 3 saja .Nasib Ajis baik video hg still boleh playback, yg lain hancur)
Ok lah gang kena tidur dah hari ini ada kenduri kat rumah Mr foo (Puat canai)nikah Mat Jan.
Wak Ali
Serai Wangi
1.00am
11.10.09

Monday, October 5, 2009

Gempa bumi di........?


Kalau di Indonesia bagunan runtuh akibat gempa bumi tapi di malaysia lain pula cerita ,di Malaysia tanah runtuh akibat kelalaian manusia yg meruntuh bagunan tersebut tanpa menghiraukan keselamatan org lain .Menurut satu sumber kejadian berlaku pada hari jumaat lalu kira2 pukul 9.30pm .Tempat kejadian tidak jauh dr Hospital Besar Ipoh.Kejadian melibatkan 3 orang, 2 terbunuh manakala 1 parah yg kebetulan memandu kereta di jalan tersebut .Ini lah gambar yg aku ambil dr tempat kejadian.


Wak Ali
Ipoh 5/10/09
9.00pm

Saturday, October 3, 2009

Pekan Pagi Di Ipoh


Inilah lokasi map ke pekan pagi Ipoh(lihat bulatan berwarna merah)



Ipoh-4/10/09 pagi2 lg aku dah merayau2 kat pekan pagi Ipoh nak cari barang2 lama .Sebut saja apa yg kita inginkankan drp brg2 lama hinggalah ke baru semuanya ada .Kalau nak cari brg antik pun ada,nak ubat kuat ke,sparepart motor,kereta ,alat2 muzik semuanya ada dijual sini boleh dikatakan pekan ni one stop centrelah juga ,cuma yg tak ada pasar basah.Pekan pagi ini hanya diadakan di hari Ahad saja.Ia terletak di persimpangan Jln Lim Bo Seng dan Jln Horley berdekatan Hotel IPOH City dan The Store(Lihat MAP). Tapi apa yg menarik inilah satu2 pekan pagi yg berkonsepkan 1 Malaysia kerana tidak satu bangsa pun yg memonopoli tempat ini.Operasi pekan ini bermula seawal pg hinggalah ke jam 12.00pm.Satu yg menarik hari ini, pameran motorsikal lama seperti Traumph,BSA dan Norton yg berusia lebih drp 60 tahun
telah diadakan oleh persatuan motor2 lama Malaysia
WAK ALI
IPOH 2.45PP
4/9/2009

Monday, September 28, 2009

Pembelian Tanah Wakaf Masjid Guar Lobak

Majlis ringkas penyerahan cek bernilai RM 10,000 untuk membeli 1,000kaki persegi tanah wakaf masjid Guar Lobak,iaitu sumbangan yg paling tertinggi buat masa ni diadakan ptg tadi di rumah Cik Gu Man.Cek disumbangkan oleh seorang dermawan yg bergelar Datuk dr Kuala Lumpur tersebut disampaikan oleh wakil peribadi beliau iaitu En Juraidi bin Shawal kepada Cik gu Man bendahari Masjid Guar Lobak.Pada hari raya yg lalu dermawan yg sama jugalah menyumbangkan zakat kepada 14 fakir miskin di sekitar Kg Sidam yg telah dikenal pasti oleh
pihak MKK(Majlis Ketua Kg) kg Sidam iaitu En Jefry bin Mat Zin bersama org kuat kg Sidam Hj.Wahab
wakil peribadi beliau En Juraidi diberi penerangan oleh Cikgu Man tentang program tanah wakaf
Inilah tanah wakaf berharga RM110,000 masih berbaki Rm28,000 yg belum dijelaskan
Lapuran
Wak Ali
Ipoh 28/9/2009
9.00pm
Berita dan gambar kiriman oleh:-
Mat Seni

Monday, September 21, 2009

MALANG DIHARIRAYA


Sebelah kiri sebelum motor dikebas



Serai Wangi-Dalam kegembiraan meraikan sambutan hariraya di "MY VILLA", pada pagi 21/9//2009 kira2 pukul 7.00pg aku dikejutkan berita plg sedih buat sejarah hari raya dimana motor yg baru dibeli lebih krg 6 bln yg lalu dikebas org.Bagaimana pun motor yg hlg lebih krg 2 jam tu ditemui semula di kawasan Shell jln Lunas dgn tidak berapa sempurna.Tayar,rim,disc break hilang.Cost untuk baikpulih lebih Rm 2000.jadi terpaksalah claim ansurance nak buat macamana dah nak jadi .lain kali kena berhati2.kalau boleh nak bawa masuk sekali motor dlm bilik.Menurut polis bukan aku sorang sja yg hilng malah ramai lagi walaupun semua langkah keselamatan dah ambil.Kalau macamtu aku nak suggest supaya motor dibawa masuk dlm bilik sekali kah..kah..kah.Tension juga drp dpt macam tu lbh baik hlg langsung.yg plg boring terpaksa beraya kat balai polis dan terpaksa tangguh seketika berhari raya di rumah mentua di Raub Pahang


WAK ALI
RAUB(nak raya pun takdak mood)
22/9/2009

Thursday, September 17, 2009

TRELER MANDI SUNGAI




Serdang-17/9/2009-Inilah akibatnya jika kita ikut perasaan hati,tanpa mengunakan akal ketika memandu .Kejadian yg dirakam ini berlaku kira 1km sebelum sampai ke pekan Serdang Kedah .Kejadian ini berlaku sewaktu hujan rengai2 disekitar pukul 6.00pm.Menurut saksi kejadian treler yg kosong ini dtg dr arah Bandar Baru lalu merempuh penghadang jambatan serta terjunam ke dlm sg Serdang.Menurut saksi lain pemandu treler tersebut telah dihantar ke Hospital Bandar Baru oleh org awan.Jadi sempena hariraya berhati2lah di jalan sewaktu memandu ingatlah org tersayang.

WAK ALI
Serai Wangi
(Berita ini diambil dlm perjalanan pulang dr IPOH ke Pdg Serai dalam keadaan hujan cukup lebat.)
11.00pm

Thursday, September 10, 2009

DENDANG PERANTAU

Panas2 pun selambe je panjat tower cari makan maa
+nak buat rumah banglo macam depa wakawakawaka....


Hari2 buka posa ngan ayaq sejuk je sebelum pi makan


Tahun ini berpuasa di Ipoh.Sejakberpuasa secara solo ,tahun inilah tahun paling hampas ,mana tidaknya terpaksa berbuka dan bersahur berseorangan,cukup punya sedih kalau dekat cabut balik rumah punya ,bukan tak dak member ada tapi depa kata depa tak sunat lagi pasal tu tak boleh posa( Siam maa)kah...kah.Walaupun puasa berseorangan,berpanas dan terpaksa memanjat tower hampir 250 kaki ,sampai ari ni belum kantoi lagi.Banyak cobaan juga mana daknya kerja pun ngan orang Iban Serawak kadang2 tekanan juga loo.Nasib baik depa tau juga hormat kita. Itulah realiti hidup aku di Ipoh .Sayu juga bila teringat waktu berpuasa bersama keluarga dan rakan2.

Wak Ali
IPOH
10/9/2009
8.00pm